Input, pandangan anak seni dibincang Exco Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui pemberita, pada Jumaat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui pemberita, pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Kelantan akan membawakan input dan pandangan daripada pihak industri seni tanah air di dalam perbincangan khusus membabitkan Exco berkaitan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, negeri itu sedia menerima segala pandangan dan cadangan bagi menambah baik industri tersebut khususnya di Kelantan.

"Ia akan di ketengahkan supaya seni dan budaya dapat kita teruskan dan terpelihara," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, selain industri, kerajaan Kelantan akan turut mengambil pandangan daripada Jabatan Mufti Negeri sekiranya ia berkaitan dengan isu keagamaan.

"Malam ini kita dapat respons yang baik daripada industri dan isu yang dibangkitkan kita terus bagi jawapan," katanya.

Ditanya mengenai sama ada isu pawagam dibincangkan di dalam mesyuarat Exco akan datang, beliau berkata, pihaknya sedang meneliti.

Menurutnya, usaha ke arah pembukaan pawagam di negeri itu menunjukkan perkembangan positif.

"Sangat positif. Kita tahu kita tidak boleh menghalang fitrah (untuk berhibur) mengikut kesederhanaan seperti ajaran Islam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Isu pembukaan pawagam di Kelantan kembali hangat selepas filem Mat Kilau pecah panggung apabila mendapat sambutan luar biasa di seluruh negara.

Rakyat Kelantan terpaksa membuat perjalanan ke negeri berdekatan iaitu Terengganu atau ke Lembah Klang sekiranya ingin menonton filem.

Terdahulu, seramai 130 selebriti dan anak seni termasuk dari Kelantan dirai pada majlis tersebut.

Masing-masing RM15,000 disampaikan Ahmad kepada Persatuan Seniman Malaysia dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

Selain itu, anak kepada penulis lirik terkemuka, Allahyarham Bob Lokman, Ahmad Rayyan mewakili keluarga turut menerima sumbangan RM5,000 pada majlis berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan kepada anak penulis lirik terkemuka, Bob Lokman, Ahmad Rayyan pada majlis itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan kepada anak penulis lirik terkemuka, Bob Lokman, Ahmad Rayyan pada majlis itu.