Musk didakwa pecat CEO, pegawai tinggi Twitter

Elon Musk
Elon Musk
A
A
A

SAN FRANCISCO - Lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk didakwa memecat Ketua Pegawai Eksekutif Twitter (CEO), Parag Agrawal pada lewat Khamis dalam perjanjian yang meletakkan salah satu platform terkemuka untuk wacana global itu menjadi miliknya.

Selain Agrawal, beliau turut didakwa memecat Ketua Pegawai Kewangan, Ned Segal dan Ketua Keselamatan Twitter, Vijaya Gadde, lapor Washington Post dan CNBC yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Agrawal sebelum ini menggunakan mahkamah untuk menahan Musk yang juga pengasas bersama kenderaan elektrik Tesla mengikut syarat perjanjian pengambilalihan Twitter pada harga AS$44 bilion (RM207.72 bilion) yang beliau pada mulanya mengelak untuk memelinya.

Laporan itu tersebar beberapa jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh mahkamah untuk Musk menutup perjanjiannya untuk membeli rangkaian media sosial itu.

Musk membuat ciapan di Twitter dengan menjelaskan bahawa beliau membeli rangkaian media sosial itu kerana adalah penting untuk masa depan tamadun yang mana pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan dengan cara sihat.

Twitter tidak segera membalas permintaan untuk mengulas mengenai pemergian eksekutif tertingginya itu, lapor AFP. - Agensi

Artikel Berkaitan: