Tercapaikah impian jabatan penjara kita?

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

KERAJAAN harus melakukan segera reformasi penjara bagi mengatasi masalah kesesakan di dalam sel tahanan termasuk melaksanakan sistem yang membolehkan banduan menjalani hukuman alternatif dalam komuniti.

Ia memandangkan penjara di seluruh negara ketika ini sesak dengan bilangan banduan melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, setakat Februari lalu, terdapat seramai 70,000 banduan ditempatkan di 40 penjara dan 10 penjara satelit di seluruh negara berbanding 62,000 kapasiti sebenar.

Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh merekodkan jumlah banduan tertinggi iaitu masing-masing menempatkan 6,000 banduan.

Kapasiti sebenar Penjara Kajang hanya mampu memuatkan sehingga 3,500 penghuni, manakala Penjara Sungai Buloh sebanyak 3,000 orang.

Oleh itu, sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar penghuni penjara sebanyak dua pertiga dalam tempoh lapan tahun akan datang dengan beralih kepada inisiatif khidmat komuniti sangat dialu-alukan.

Baru-baru ini, Komisioner Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad berkata, setiap penghuni atau banduan yang disasarkan akan melalui fasa khidmat komuniti sebagai proses pemulihan.

Jelasnya, khidmat komuniti itu hanya melibatkan banduan disabitkan dengan kesalahan tidak serius yang mana bilangannya adalah 70 peratus daripada keseluruhan penghuni penjara seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

“Ia bertujuan memberi peluang kepada banduan terlibat untuk pulih dan tidak mengulangi jenayah serupa apabila mereka dibebaskan nanti,” katanya.

Untuk rekod, kira-kira 5,000 banduan telah mendaftar dalam skim pekerjaan dengan pelbagai syarikat.

Menerusi inisiatif tersebut, beberapa syarikat terlibat akan menawarkan pekerjaan termasuk penginapan kepada banduan yang layak dan mereka ini berada di bawah pengawasan pegawai penjara.

Maklum Nordin lagi, dijangka sasaran sebanyak 10,000 banduan menyertai inisiatif itu dicapai menjelang tahun 2023.

Menerusi usaha tersebut, kerajaan akan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM500 bagi setiap banduan di seluruh negara.

Kesimpulannya, mampukah inisiatif tersebut dilaksanakan dan cukupkah tenaga kerja pihak Jabatan Penjara Malaysia untuk memantau pergerakan banduan yang terlibat?