Paip meletup di Kompleks Bersepadu Pengerang

Satu kebakaran dan letupan melibatkan satu paip penyambung berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, pada Khamis.
Satu kebakaran dan letupan melibatkan satu paip penyambung berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, pada Khamis.
A
A
A

PENGERANG - Satu kebakaran dan letupan melibatkan satu paip penyambung berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dekat sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.12 petang.

"Seramai tujuh anggota dengan tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Kebakaran melibatkan penyambungan pada saluran paip untuk projek N-OSBL.

"Pemadaman telah dilakukan anggota Central Emergency and Fire Services Response (CEFS) sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan dapat dikawal pada jam 4.23 petang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak oleh anggota CEFS yang bertindak pantas memadam kebakaran.
Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak oleh anggota CEFS yang bertindak pantas memadam kebakaran.

Sementara itu, PIC dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada jam 3.40 petang dan pihak CEFS bertindak pantas memadam kebakaran daripada merebak.

Menurut PIC, pihaknya dapat memadam kebakaran tersebut sepenuhnya pada jam 4.50 petang.

"Tiada kemalangan jiwa dan kejadian tidak menjejaskan atau memberi ancaman kepada masyarakat sekitar," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: