Lotus's anjur Rumah Terbuka Nasi Daun Pisang sempena Deepavali

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada peraduan pertunjukan fesyen kanak-kanak yang dianjurkan oleh Lotus's Malaysia.
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada peraduan pertunjukan fesyen kanak-kanak yang dianjurkan oleh Lotus's Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menganjurkan Rumah Terbuka Nasi Daun Pisang sempena perayaan Deepavali sebagai sebahagian daripada semangat #KitakanJiran syarikat peruncitan itu yang diadakan di 15 stornya pada Sabtu lepas.

Ketua Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporatnya, Hanim Hamdan berkata, menerusi program itu, orang ramai dapat menikmati hidangan tradisional popular secara percuma dan menyertai Lotus's dalam kempen amal, Menyinari Setiap Tradisi untuk membawa kegembiraan dan senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami meraikan pelanggan pada musim perayaan ini dengan menyediakan hidangan yang digemari ramai. Kami juga menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama membantu mereka yang tidak memiliki keistimewaan yang sama dalam kalangan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, antara stor yang mengambil bahagian seperti Lotus’s Klang, Lotus’s Selayang, Lotus’s Puchong, Lotus’s Kuala Selangor, Selangor.

Kakitangan Lotus's Malaysia bersedia menghidangkan kepada tetamu nasi daun pisang pada program Rumah Terbuka Nasi Daun Pisang sempena perayaan Deepavali.
Kakitangan Lotus's Malaysia bersedia menghidangkan kepada tetamu nasi daun pisang pada program Rumah Terbuka Nasi Daun Pisang sempena perayaan Deepavali.

“Turut mengambil bahagian ialah Lotus’s Seremban 2, Lotus’s Seremban Jaya; Negeri Sembilan dan Lotus’s Bukit Indah, Lotus’s Seri Alam; Johor.

"Di sebelah utara pula ialah Lotus’s Sungai Petani, Lotus’s Kulim; Kedah dan Lotus’s Bukit Mertajam, Lotus’s Tanjung Pinang, Pulau Pinang dan Lotus’s Ipoh Garden, Lotus’s Taiping dan Lotus’s Teluk Intan; Perak.

“Peti sumbangan juga disediakan bagi orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan mereka kepada penerima yang terpilih di kawasan kejiranan masing-masing pada musim perayaan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hanim berkata, pada hari yang sama, Lotus's juga turut menganjurkan peraduan pertunjukan fesyen kanak-kanak bersempena Deepavali dan pemenang menikmati baucar dan barangan yang bernilai sehingga RM1,000.

Beliau berkata, bagi menyemarakkan lagi kegembiraan, ahli MyLotus kini dapat menikmati diskaun yang menarik melalui Baucar Ganda-Ganda yang membolehkan pelanggan menebus baucar diskaun sehingga 4X (sehingga RM8) pada pembelian seterusnya tanpa perbelanjaan minimum.