Risiko darah beku akibat vaksin Covid-19 AstraZeneca

Kadar risiko pembekuan darah vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca adalah lebih tinggi berbanding dengan Pfizer. - Foto AFP
Kadar risiko pembekuan darah vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca adalah lebih tinggi berbanding dengan Pfizer. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Pembekuan darah akibat pengambilan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca adalah berisiko 30 peratus lebih tinggi berbanding suntikan Pfizer, kata satu kajian antarabangsa pada Khamis.

Beberapa negara telah pun mengubah nasihat masing-masing selepas kajian terdahulu menunjukkan bahawa dalam sebilangan kecil kes trombosis dengan sindrom trombositopenia (TTS) boleh menjadi kesan sampingan yang mungkin daripada vaksin Covid-19 yang menggunakan vektor adenovirus atau virus 'rekayasa' seperti dari AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

TTS menghasilkan pembekuan darah yang berpotensi mengancam nyawa dengan tahap platelet darah yang rendah iaitu serpihan sel kecil dalam darah manusia yang menghalang pendarahan.

Kajian baharu itu yang diterbitkan dalam jurnal BMJ adalah yang pertama membandingkan kadar TTS antara adenovirus dan vaksin mRNA seperti Pfizer merentasi pelbagai negara.

Pasukan penyelidik antarabangsa menganalisis data kesihatan daripada lebih 10 juta orang dewasa di Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin antara Disember 2020 dan pertengahan 2021.

Di Jerman dan UK, mereka memadankan data seramai 1.3 juta orang yang mempunyai dos pertama AstraZeneca kepada 2.1 juta yang mengambil Pfizer.

Terdapat sebanyak 862 peristiwa TTS direkodkan dalam masa 28 hari selepas dos pertama AstraZeneca berbanding 520 untuk Pfizer, kata kajian itu.

Ini bermakna, vaksin AstraZeneca mempunyai risiko TTS 30 peratus lebih tinggi daripada Pfizer.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, apabila ia datang kepada dos kedua, tiada risiko tambahan mana-mana vaksin itu.

Kajian itu tidak dapat menunjukkan sebab dan akibat ia berlaku. - AFP