Charles Santiago digugur dari kerusi Klang

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

KELANA JAYA - Penyandang kerusi Parlimen Klang selama tiga penggal, Charles Santiago digugurkan sebagai calon DAP di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, V Ganabatirau akan menggantikan posisi Charles.

"Ini satu keputusan yang sukar tetapi untuk Klang parti membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Exco Selangor, V Ganabatirau," katanya pada majlis makan malam pengumpulan dana Parlimen Damansara, di sini pada Rabu.

Selain itu, beliau turut mengumumkan tiga calon lain iaitu Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan bagi kerusi Parlimen Bangi; Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin sebagai calon Parlimen Puchong dan bekas Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk Parlimen Damansara.

"Gobind Singh akan mengisi kekosongan kerusi Damansara Tony Pua, selepas diteliti, Bee Yin merupakan calon yang sesuai menggantikan Gobind di Parlimen Puchong manakala Syahredzan menggantikan Ong Kian Ming yang tidak bertanding di Parlimen Bangi," ujarnya.

Artikel Berkaitan: