Nahas helikopter: Enam termasuk juruterbang selamat

Anggota bomba memberikan bantuan rawatan awal kepada mangsa yang cedera selepas helikopter dinaiki terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Cameron Highlands pada Rabu. - Foto ihsan JBPM Pahang
Anggota bomba memberikan bantuan rawatan awal kepada mangsa yang cedera selepas helikopter dinaiki terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Cameron Highlands pada Rabu. - Foto ihsan JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang penumpang helikopter yang terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di hutan Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu dilaporkan patah paha manakala lima yang lain termasuk juruterbang hanya cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, semua mangsa ditemui selepas lokasi helikopter itu berjaya dikenal pasti berhampiran Big Red Brinchang, kira-kira jam 3.51 petang.

Menurutnya, usaha mengeluarkan mangsa terdiri tiga wanita dan tiga lelaki itu dilakukan dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dan Pasukan Multiskill (Must) yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Operasi menyelamat melibatkan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron, termasuk anggota pasukan Storm dan Must dibantu 25 anggota bomba dari JBPM Perak.

Anggota bomba memberikan bantuan rawatan awal kepada mangsa yang cedera selepas helikopter dinaiki terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Cameron Highlands pada Rabu. - Foto ihsan JBPM Pahang
Anggota bomba memberikan bantuan rawatan awal kepada mangsa yang cedera selepas helikopter dinaiki terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Cameron Highlands pada Rabu. - Foto ihsan JBPM Pahang

Sebelum itu, pasukan penyelamat berjaya berhubung dengan juruterbang dan mengenal pasti kedudukan mereka.

"Berdasarkan kedudukan itu,pasukan penyelamat ke lokasi untuk bantuan," katanya.

Ismail berkata, semua mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke tempat selamat.

Artikel Berkaitan:

"Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan untuk dihantar menerima rawatan ke Hospital Cameron Highlands," ujarnya.

Difahamkan, helikopter jenis Eurokopter AS 355 F2 membawa lima petugas kesihatan termasuk seorang doktor itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing,Cameron Highlands sebelum terhempas di lokasi tersebut kira-kira jam 1.43 tengah hari.