Tiga lelaki Vietnam maut terkena renjatan elektrik

Anggota Bomba dan Penyelamat Rompin melakukan kerja menyelamat mangsa dalam sebuah kapal pengangkut pasir di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, awal pagi Rabu.
Anggota Bomba dan Penyelamat Rompin melakukan kerja menyelamat mangsa dalam sebuah kapal pengangkut pasir di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, awal pagi Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Tiga lelaki warga Vietnam maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di dalam sebuah kapal pengangkut pasir di Tanjung Seratus, Kuala Rompin di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, setakat ini butiran lengkap kesemua mangsa terlibat masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.52 pagi selepas dimaklumkan oleh orang awam mengenai inisden terbabit.

Apabila tiba di lokasi, kita dapati kejadian itu berlaku di dalam kapal pengangkut pasir dan pemeriksaan mendapati mangsa berada di dalam perut kapal.

"Keadaan ruangan yang sempit menyukarkan urusan mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau menjelaskan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Rompin sedang berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang berada di dalam perut kapal.

"Kertas siasatan kematian mengejut telah dibuka berhubung kes itu," katanya.

Artikel Berkaitan: