MAIWP buka permohonan Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Poster penerangan Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Dalam Negara bagi sesi 2022/2023 oleh MAIWP yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.
Poster penerangan Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Dalam Negara bagi sesi 2022/2023 oleh MAIWP yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan tawaran biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Dalam Negara bagi sesi 2022/2023 mulai Selasa.

MAIWP dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, antara bidang pengajian yang ditaja ialah seperti ijazah sarjana muda pengajian klinikal dan kesihatan, sastera, kejuruteraan, atau bidang yang mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurut hantaran tersebut, pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam, bermastautin dan menetap di Kuala Lumpur tidak kurang daripada setahun serta tidak mendapat tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.

"Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/94-tawaran-biasiswa-pengajian-dalam-negara

"Tarikh tutup sehingga 11 November 2022. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor yang tertera," katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan: