Lelaki terlibat gaduh kes curi baja direman seminggu

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan berkaitan kes curi baja hingga menyebabkan kematian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Parit Buntar direman seminggu bermula pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, permohonan itu dibuat bagi memboleh siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Reman selama tujuh hari bermula hari ini sampai 31 Oktober ini," katanya ringkas ketika dihubungi di sini.

Media melaporkan suspek berusia 40 tahun itu ditahan di rumahnya selepas terlibat dalam pergaduhan dengan mangsa berusia 47 tahun pada Isnin.

Siasatan polis mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya.

Suspek yang bekerja sendiri itu positif dadah jenis methamphetamine selain memiliki enam rekod jenayah lampau dalam kes jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan: