Emery ganti Gerrard

Unai Emery
Unai Emery
A
A
A

PENGENDALI kelahiran Sepanyol, Unai Emery sah dilantik sebagai pengurus baharu Aston Villa menggantikan Steven Gerrard yang dipecat baru-baru ini.

Pengumuman tersebut diumumkan Villa dalam satu kenyataan pada Selasa sambil memaklumkan jurulatih berusia 50 tahun itu akan memulakan tugasnya pada 1 November ini.

“Aston Villa dengan gembiranya mengumumkan pelantikan Unai Emery sebagai ketua jurulatih baru kelab.

“Unai akan membimbing pasukan mulai 1 November selepas semua urusan berkaitan permit kerjanya selesai,“ kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Unai Emery bukanlah individu yang asing dalam kancah Liga Perdana Inggeris apabila pernah mengendalikan Arsenal suatu ketika dahulu.

Walaupun gagal menyerlah di Arsenal, beliau memiliki rekod baik membawa kelab Sepanyol ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila membimbing Valencia menduduki tempat ketiga La Liga sebanyak tiga kali.

Selain itu, beliau juga mempunyai rekod yang baik dalam kejohanan Liga Europa apabila muncul juara tiga kali bersama Sevilla dan sekali bersama Villarreal, sekali gus memegang rekod sebagai pengurus paling banyak menjulang trofi itu.

Artikel Berkaitan: