Bungaraya 7's mahu terbang lebih tinggi di Incheon

Muhammad Siddiq Amir Jalil
Muhammad Siddiq Amir Jalil
A
A
A

SKUAD ragbi Bungaraya tujuh sebelah (7s) wanita negara akan melakukan persiapan lebih rapi dalam memberi saingan sengit di Kejohanan Siri 2 Asia Rugby Sevens Series (ARSS) 2022 di Incheon, Korea Selatan November ini.

Itu laungan pengendali skuad wanita negara, Muhammad Siddiq Amir Jalil selepas menyaksikan prestasi anak buahnya di Siri 1 ARSS di Bangkok, Thailand.

“Alhamdulillah, pasukan telah mengakhiri saingan di kedudukan keenam keseluruhan untuk Siri 1 ARSS kali ini. Saya dan barisan jurulatih sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan para pemain untuk kali ini.

“Banyak perkara yang dipelajari oleh barisan pemain terutama ketika berhadapan pasukan berstatus gergasi Asia di Bangkok.

Muhammad Siddiq bersama anak buahnya selepas Siri 1 ARSS di Bangkok, Thailand.
Muhammad Siddiq bersama anak buahnya selepas Siri 1 ARSS di Bangkok, Thailand.

“Biarpun begitu masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki pasukan muda ini dalam memastikan pasukan lebih berdaya saing,” katanya.

Justeru, apa yang diharapkan kita mampu mencipta kejutan pada penampilan di Icheon sebagai persediaan mengharungi kejohanan Ragbi Asia.

Untuk rekod, Siri 2 ARSS dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 12 dan 13 November manakala Siri 3 ARSS pula dijangka 26 hingga 27 November di Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Artikel Berkaitan:

KEPUTUSAN

Kejohanan Siri 1 ARSS 2022 di Bangkok, Thailand

Wanita

Kumpulan

Malaysia 0 - 53 China

Malaysia 0 - 36 Hong Kong

Perlawanan Klasifikasi Kelima Ketujuh

Malaysia 22 - 12 Filipina

Tempat kelima keenam:

Malaysia 0 - 32 Kazakhstan