Skuad kriket wanita negara atasi Myanmar

Aksi Malaysia menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Sukan SEA Kemboja 2023 pada Ahad. Foto: Cambodia 2023
Aksi Malaysia menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Sukan SEA Kemboja 2023 pada Ahad. Foto: Cambodia 2023
A
A
A

SKUAD kriket wanita negara terus mengorak langkah cemerlang apabila menumpaskan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023 pada Ahad.

Malaysia mencatatkan empat wiket dalam aksi pembukaan Kumpulan A saingan 50-overs di Phnom Penh itu.

Aksi di A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu menyaksikan Malaysia mencatat 123 larian dan enam wiket dalam 35.3-overs, manakala Myanmar hanya melakukan 122 larian dalam 44.5-overs.

Malaysia seterusnya akan bertemu Thailand bagi melakukan perhitungan pusingan kedua pada 8 Mei ini.

Skuad kriket wanita negara pada Sabtu memulakan kempen acara Ten10 (T10) dengan langkah kanan.

Malaysia mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan.

Sukan SEA Kemboja 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei melabuh tirai 17 Mei ini. - Bernama