Wanita cedera kereta jatuh gaung

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada salah seorang mangsa dalam kejadian. - Foto Ihsan Bomba Perak
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada salah seorang mangsa dalam kejadian. - Foto Ihsan Bomba Perak
A
A
A

TAPAH - Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Batu 7, Jalan Tapah - Cameron Highlands di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 7.55 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 23 dan 22 tahun diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Shah Alam.

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta mangsa telah hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung.

"Dalam kejadian itu, penumpang wanita cedera ringan apabila terseliuh di tangan kanan manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan," katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan: