Thunder Castle mahu kekal kejuaraan Supermokh

Pemain skuad Buriram United B13 giat menjalani latihan sebagai persiapan mempertahankan kejuaraan edisi 2019 pada Piala Supermokh 2022.
Pemain skuad Buriram United B13 giat menjalani latihan sebagai persiapan mempertahankan kejuaraan edisi 2019 pada Piala Supermokh 2022.
A
A
A

AKADEMI Buriram United hadir ke saingan Piala Supermokh 2022 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, yang bermula Selasa hingga 30 Oktober ini dengan misi mempertahankan kejuaraan kategori bawah 13 tahun (B13) edisi 2019.

Pada perlawanan akhir edisi 2019, Buriram United yang lebih dikenali dengan jolokan Thunder Castle menewaskan pasukan tuan rumah, AMD Cougars, 2-0.

Mengulas mengenai persiapan pasukannya, Ketua Jurulatih Buriram United, Sonchai Menkhuntod berkata, mereka telah melakukan persediaan rapi bagi memastikan kehadiran skuad kali ini memberi impak positif.

“Kami sudah sampai di sini dan segala persiapan telah kami buat dengan baik. Kami yakin mampu menjadi yang terbaik dalam kejohanan kali ini.

“Kami juga bersyukur dan ingin berterima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput kami sekali lagi ke kejohanan ini,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: