Amaran ribut petir di beberapa negeri

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri dan wilayah persekutuan sehingga jam 6 petang, Isnin.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 2.25 petang memaklumkan tujuh negeri berkenaan ialah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Di Perak kawasan terlibat ialah Batang Padang dan Muallim manakala Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Bagi Pahang pula ia membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin manakala Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Selain itu, di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Kawasan di Sarawak pula melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau) dan Limbang manakala Sabah membabitkan Tawau (Tawau dan Semporna).

Artikel Berkaitan: