Pemandu maut selepas lompat keluar dari lori terbabas

Lori yang dipandu terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.
Lori yang dipandu terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut akibat cedera di bahagian kepala selepas terjun keluar dari lori yang dipandunya ketika sedang terbabas di Kilometer 56 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini malam Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Badrul Hisham Kamaruddin, 24, berasal dari Machang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam ketika mangsa memandu lori yang membawa muatan buah sawit.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit.

"Mangsa yang dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kenderaan terbabit dipercayai telah terhentak kepala pada permukaan jalan dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Choon Foo berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: