Cerezo Osaka teruja sahut cabaran Supermokh 2022


Cerezo Osaka kembali menyahut cabaran Kejohanan Supermokh 2022.
Cerezo Osaka kembali menyahut cabaran Kejohanan Supermokh 2022.
A
A
A

BAHANG saingan Kejohanan Supermokh 2022 mula dibarakan dengan ketibaan pasukan ke Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang pada Ahad.

Kelab sensasi negara Matahari Terbit, Jepun, Cerezo Osaka antara yang kembali sekali lagi menyahut cabaran dalam kejuaraan tersebut.

Majlis undian edisi yang mempertaruhkan kategori B12, B13, dan B14 dijadualkan berlangsung pada Isnin dengan 11 pasukan mengambil bahagian dan sepak bermula Selasa ini.

Menurut Pengarah Akademi Cerezo Osaka, Koki Kobayashi, kelab itu sangat berbesar hati apabila dijemput menyertai kejuaraan selepas menyahut cabaran edisi tahun 2019.

“Kami amat bersyukur kerana dijemput sekali lagi ke kejohanan yang menarik ini, selain dapat membantu para pemain kami untuk lebih berkembang dan maju dalam bola sepak.



"Kejohanan ini juga dapat menarik minat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang terutama anak-anak kecil tentang kemahiran bola sepak kami secara menyeluruh,” ujarnya.

Untuk rekod, Cerezo Osaka akan menyertai kategori Bawah 14 (B-14) tahun yang turut disertai kelab Paris Saint-Germain (PSG), NK Osijek, Fagiano Okayama, Akademi Hwaseong, RF Youth Champ, MSK Rezemberok, Chonburi FC dan dua pasukan Malaysia, AMD A dan AMD B.

Artikel Berkaitan: