Warga emas maut nahas kereta, lori

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Batu Pahat-Mersing di Kampung MIC, Kluang pada Ahad.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Batu Pahat-Mersing di Kampung MIC, Kluang pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori ais di Jalan Batu Pahat-Mersing di Kampung MIC dekat sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.13 petang.

Menurutnya, sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescua Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai ke lokasi kemalangan jam 1.25 petang, bomba mendapati tiga mangsa berada dalam kereta Proton Waja di mana penumpang hadapan dikenali Ungku Zaidah Mansor, 72, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu kereta, Md Yunus Dhal, 71, parah dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun selamat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Fauzi berkata, pemandu lori dikenali Wong Soon Hing, 61, pula cedera ringan.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar menggunakan EMRS dan ambulans ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: