Kerjasama GTA-PH tidak beri impak: Pas

Takiyuddin memeluk Mohd Hashim semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas bekas legenda bola sepak negara itu di rumahnya di Kota Bharu pada Sabtu.
Takiyuddin memeluk Mohd Hashim semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas bekas legenda bola sepak negara itu di rumahnya di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerjasama politik antara Gabungan Tanah Air (GTA) dengan Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak memberikan impak kepada arena politik negara termasuklah Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hal ini kerana parti yang berada di dalam GTA bukanlah dominan.

"Bagi Pas semua itu terpulang kepada parti masing-masing. Pas tidak mahu campur kerana kita bukan sebahagian daripada GTA atau PH," katanya selepas diminta mengulas kenyataan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu bertemu dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu melakukan kunjungan hormat ke atas bekas legenda bola sepak negara, Mohd Hashim Mustapa yang terpaksa memotong kaki kirinya akibat jangkitan kuman di sini pada Sabtu.

Takiyuddin turut menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda elektrik dan katil kepada Mohd Hashim.

Media sebelum ini melaporkan, Dr Mahathir bersedia bertemu Anwar untuk bekerjasama dalam menyekat kerajaan pimpinan BN kembali berkuasa secara 'mutlak' menerusi PRU15.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, Pas berharap kerjasama politik antara PN dan BN dapat dijalankan selepas ini.

Katanya, kerjasama politik ini dapat mengelakan berlakunya pertembungan banyak penjuru sekali gus menyebabkan banyak pihak kalah.

Artikel Berkaitan: