Lelaki miliki 15 rekod jenayah diberkas edar dadah

Pelbagai jenis dadah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru di sini, pada Jumaat.
Pelbagai jenis dadah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru di sini, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod lampau berkaitan kes dadah tidak serik apabila sekali lagi ditahan kerana terbabit dalam kes pengedaran dadah di sebuah rumah di Kampung Baru di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.

Menurutnya, polis turut merampas dadah jenis kanabis dengan anggaran berat 59,000 gram, methamphetamine (1,015 gram) dan heroin (450 gram) bernilai RM190,200 dalam serbuan itu.

Noor Dellhan berkata, saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, ketamin dan morfin.

"Semakan lanjut mendapati suspek pernah ditahan di bawah Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan lanjut masih diteruskan, kita juga sedang berusaha mengesan suspek lain yang terlibat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis yang berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: