[VIDEO] Kelantan dapat royalti minyak jika PN tadbir Malaysia

Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada Jumaat.
Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kelantan akan mendapat royalti minyak jika gabungan itu diberi mandat untuk mentadbir Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Muhyiddin berkata, bayaran sebanyak lima peratus itu akan diberikan kepada Kelantan seperti yang terkandung dalam perjanjian asal berkait dengan bayaran royalti.

"Pada masa yang sama, PN akan turut membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, sekiranya PN membentuk kerajaan, mesyuarat pertama jemaah menteri akan membincangkan masalah rakyat terlebih dahulu.

Kataya, PN tidak berminat untuk membebaskan diri daripada kes mahkamah.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyeru seluruh rakyat di negara ini untuk keluar mengundi walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkan PN meraih kemenangan lebih besar untuk membentuk kerajaan lebih kukuh selepas PRU15.

Artikel Berkaitan: