[VIDEO] Peja ucap selamat datang ke Tambun

Ahmad Faizal memuat naik video mengucapkan selamat datang ke Tambun menerusi Facebook pada Jumaat.
Ahmad Faizal memuat naik video mengucapkan selamat datang ke Tambun menerusi Facebook pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan individu yang mahu berhijrah ke kawasan Parlimen Tambun.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke dalam laman Facebooknya, Ahmad Faizal menyebut individu yang mahu berhijrah ke kawasan Parlimen Tambun perlu menyebut perkataan air dalam loghat yang betul.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, video tersebut dipercayai ditujukan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

"Bagi mereka yang nak berhijrah daripada tempat lain dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak bagi tahu sikit, di Tambun kita sebut ayor. Dengar betul-betul, bukan ayaq. Terima kasih, selamat datang," katanya ringkas menerusi video berdurasi 24 saat itu pada Jumaat.

Pada malam Khamis, Anwar yang juga Ketua Pembangkang, mengumumkan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri ketika menyampaikan ucaptama dalam Konvensyen Harapan 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Ipoh pada malam Khamis.

Pada PRU14 lepas, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menang dengan majoriti 5,320 undi dalam pertembungan tiga penjuru menewaskan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN) dan Ibrahim Zakaria (Pas).

Bersatu yang kini bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menerusi kerjasama di dalam PN berkemungkinan besar mengekalkan bekas Menteri Besar Perak itu bertanding di kerusi sama untuk mempertahankan kemenangan.

Artikel Berkaitan: