Individu rentung disahkan lelaki warga emas

Mangsa ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi Jumaat.
Mangsa ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi Jumaat.
A
A
A

KLANG - Individu yang ditemui rentung di dalam sebuah kereta terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi Jumaat merupakan seorang lelaki warga emas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa berumur lingkungan 70-an.

"Mangsa dipercayai terbakar hampir 70 peratus di bahagian badannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut ( SDR ) dan satu kertas siasatan dibuka untuk memastikan punca kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, seorang individu ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini.

Artikel Berkaitan: