PRU15: Pengundi disaran nilai calon, bukan parti

Pengundi perlu membuat penilaian menyeluruh dan bukan melihat pada parti sahaja. Gambar kecil: Firdaus Akbar
Pengundi perlu membuat penilaian menyeluruh dan bukan melihat pada parti sahaja. Gambar kecil: Firdaus Akbar
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kempen 1 Jari Bebas Rasuah merupakan satu inisiatif penting yang dapat membuka mata orang ramai terutamanya pengundi yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pegawai Tadbir Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA), Firdaus Akbar Yacob berkata, ia berikutan pengundi perlu membuat penilaian menyeluruh dan bukan melihat pada parti sahaja, tetapi juga pada rekod calon yang terlibat.

Ujar beliau, rakyat sudah semestinya melihat latar belakang dan penglibatan mereka sebelum ini sama ada pernah terlibat dengan kes jenayah termasuk rasuah.

“Selain itu juga saya berpendapat bahawa latarbelakang pendidikan calon harus dititikberatkan. Tanpa pendidikan yang baik, mungkin itu tidak menyempurnakan kriteria sebagai seorang pemimpin.

“Memang benar mereka mempunyai pegawai khas ataupun pembantu untuk membuat kajian berkenaan tugas mereka, tetapi sebagai pemimpin, merekalah yang membuat keputusan dan dipertanggungjawabkan untuk apa yang mereka putuskan.

“Kalau bijak macam mana pun, tetapi tidak mampu untuk menentukan satu keputusan yang baik pun, tidak guna juga,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, ulas Firdaus Akbar, pengundi sendiri perlu sedar dan tahu apa yang mereka mahu daripada calon mereka.

“Kadang-kadang kalau kita menginginkan calon itu bebas daripada rasuah, mungkin orang lain akan kata bahawa calon parti lain juga sama.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, (pemilihan tersebut) terpulang kepada kita sendiri yang mengundi. Kita sendiri menilai siapa yang jujur, berintegriti dan bebas rasuah,” ujarnya.