MFL terima rayuan Melaka, Sarawak dapatkan lesen kebangsaan

Status Melaka United dan Sarawak United dalam saingan Liga Malaysia 2023, hanya diketahui pada 28 Oktober ini. -Foto: Sarawak United FC Official
Status Melaka United dan Sarawak United dalam saingan Liga Malaysia 2023, hanya diketahui pada 28 Oktober ini. -Foto: Sarawak United FC Official
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan pihaknya sudah menerima rayuan Sarawak United dan Melaka United untuk mendapatkan semula lesen kebangsaan bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalinggam memberitahu, bagaimanapun kedua-dua pasukan itu perlu menunggu sehingga hujung Oktober ini bagi mengetahui keputusan rayuan yang dilakukan.

“Kedua-dua pasukan Srawak dan Melaka sudah menghantar rayuan bagi mendapatkan semula lesen kebangsaan ke pihak FIB (First Instance Body) sebelum tarikh tutup yang diberikan sebelum ini.

“Kedua-dua rayuan ini akan didengar oleh badan rayuan pada 28 Okotber ini pada 10 pagi,” katanya.

Sebelum ini Sarawak United FC dan Melaka United FC gagal meraih lesen kebangsaan bagi menyertai saingan Liga M musim depan selepas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan FIB.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dengan Sarawak United muncul pasukan paling bermasalah apabila gagal memenuhi hampir lapan keperluan untuk mendapatkan kelulusan.

Melaka United pula hanya satu dengan masalah utama berkaitan kegagalan melunaskan tunggakan gaji sehingga Ogos 2022.

Bagaimanapun, pasukan tersebut diberi peluang untuk merayu sehingga 19 Oktober dengan perlu menghantar rayuan sebelum atau pada jam 5 petang hari berkenaan.

Artikel Berkaitan: