Kenderaan rasmi MB Johor masuk pekarangan kediaman rasmi

Kenderaan rasmi menteri besar memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana.
Kenderaan rasmi menteri besar memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kenderaan rasmi menteri besar memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun dimaklumkan kenderaan tersebut tanpa polis pengiring sekitar jam 7.36 malam itu tiba tanpa Datuk Osman Sapian.

Petang tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Osman sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam.

Pengerusi Bersatu itu berkata, Osman yang juga ADUN Kempas menyerahkan dua surat peletakan jawatan tersebut kepadanya dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam, dengan satu daripadanya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kelihatan pengamal media berada di luar kediaman rasmi Menteri Besar Johor, namun terdapat sumber memaklumkan Osman tidak pulang ke Saujana.

Artikel Berkaitan: