Bekas ADUN Sekong meninggal dunia

Perkongsian Bung Moktar di akaun Facebooknya.
Perkongsian Bung Moktar di akaun Facebooknya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya meninggal dunia pada Khamis.

Berita duka itu dikongsikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya.

"Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham Dt Hj Shamsudin Yahya, ALLAH letakkan bersama orang-orang soleh dan beriman.

"Takziah kepada Datin Junaidah Aji dan seluruh keluarga, diharap tabah menerima dengan kehendak ALLAH.

"Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali," tulisnya di Facebook.

Sebelum itu, difahamkan, beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Allahyarham adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong selama tiga penggal sebelum ditewaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Artikel Berkaitan: