Mantan ADUN Pengkalan Baharu meninggal dunia

Pemergian Allahyarham dikongsi Facebook Penerangan UMNO Perak.
Pemergian Allahyarham dikongsi Facebook Penerangan UMNO Perak.
A
A
A

IPOH - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar yang mesra dengan panggilan Pak Ngah meninggal dunia akibat kanser pada Selasa.

Allahyarham berusia 74 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.44 petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Pemergian bekas Ketua UMNO Bahagian Beruas itu dikongsikan Facebook Penerangan UMNO Perak.

Allahyarham pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan Negeri Perak semasa pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menziarahi Allahyarham yang ketika itu menerima rawatan di HRPB, Ahad lepas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menziarahi Allahyarham yang ketika itu menerima rawatan di HRPB, Ahad lepas.

Hamdi sangat dikenali dalam kalangan rakyat Perak menerusi slot ‘Deme tanya Pak Ngah Jawab’ yang bersiaran di stesen radio, Perak FM sekitar tahun 2010 dan 2011.

Program berkenaan popular dan mendapat sambutan kerana rakyat boleh membuat aduan secara terus menerusi panggilan telefon.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya malam ini.