Bekas Presiden MBM lawan Tok Mat?

Jufitri, Mohamad
Jufitri, Mohamad
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha antara nama yang disebut akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau dijangka memberi saingan kepada Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat yang dikatakan akan bertanding di kerusi itu selepas penyandang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia melepaskannya.

Menurut sumber, pencalonan Tokoh Belia Negara 2014 di kerusi berkenaan mendapat sokongan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah sumber berkata, setakat ini, tiada nama lain yang disebut oleh parti dalam usaha untuk memecahkan kubu BN di Parlimen tersebut.

"Jufitri pun dilihat sudah mulakan gerak kerja di Parlimen Rembau bagi menghadapi PRU15 dan buat masa ini beliau calon yang dirasakan bersesuaian untuk bertembung dengan Tok Mat.

"Beliau mempunyai latar belakang yang sama dengan Presiden iaitu daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Apa-apa pun, kita tunggu saja pengumuman calon PKR malam esok (Jumaat)," katanya.

Difahamkan sebelum ini, Jufitri juga sering dilihat pada program yang dihadiri Anwar melibatkan belia dan mahasiswa di Parlimen Port Dickson.

Artikel Berkaitan: