Keyakinan Almiron pacu Newcastle

Almiron (kanan) ketika diasak pemain Everton dalam perlawanan liga di Stadium St James' Park. - Foto Agensi
Almiron (kanan) ketika diasak pemain Everton dalam perlawanan liga di Stadium St James' Park. - Foto Agensi
A
A
A

EDDIE Howe memuji keyakinan Miguel Almiron yang semakin memuncak selepas menyaksikan pemain itu membantu Newcastle United menewaskan Everton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St James' Park.

Gol minit ke-31 pemain Paraguay itu secara tidak langsung menutup kritikan dilemparkan perancang Manchester City, Jack Grealish pada penghujung musim lalu.

Malah gol tunggal berdepan anak buah Frank Lampard itu merupakan gol kelima musim ini dengan empat daripadanya dihasilkan dalam empat perlawanan terakhirnya.

“Saya tidak fikir Miggy (Almiron) didorong oleh apa-apa selain daripada cuba menjadi yang terbaik untuk Newcastle dan para penyokong The Magpies, benar-benar menyayanginya.

“Dia memberikan saya segala-galanya dari hari pertama, sangat komited kepada pasukan. Dia pemain pasukan sebenar dan telah mendapat pengiktirafan sepatutnya. Anda tidak boleh memandang rendah kualiti matlamat yang dia sampaikan untuk kami.

"Apa yang saya perhatikan ialah keyakinan sebenar dalam latihannya, dalam penyampaian teknikalnya tentang apa yang kami minta dia lakukan - saya rasa itu sudah pasti naik satu tahap," ujar Howe.

Persembahan Newcastle tidak berada pada tahap terbaik ketika melayan kunjungan The Toffees, namun percubaan Almiron sudah cukup untuk menewaskan penjaga gol pelawat yang juga England, Jordan Pickford.

Artikel Berkaitan: