Lampard kecewa pengadil tak beri penalti

Frank Lampard
Frank Lampard
A
A
A

PENGENDALI Everton, Frank Lampard mengkritik tindakan pengadil perlawanan yang tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya ketika tewas 0-1 kepada Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Menurut Lampard, beliau nyata kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan apabila pertahanan Newcastle Dan Burn terlepas sebarang hukuman kerana menolak Anthony Gordon di dalam kotak penalti sebelum wisel penamat dibunyikan.

“Apa yang saya gusarkan adalah semua orang dapat melihat insiden terhadap Anthony Gordon tetapi rayuan ditolaknya mentah-mentah. Kesalahan dari belakang mahupun sentuhan di kaki, bagi saya itu adalah penalti.

“Saya rasa VAR (video bantuan pengadil) ada untuk mereka mengesannya. Ia cukup jelas, ia satu kesilapan yang kami tidak mahukan.

“Sama ada ia satu sepakan penalti atau tidak, secara peribadinya saya rasa ia adalah satu kekasaran,” katanya.

Pada aksi tersebut, skuad bimbingan Eddie Howe menang menerusi jaringan tunggal Miguel Almiron pada minit ke-31 di St James’ Park sekali gus memastikan tiga mata penuh dalam genggaman The Magpies.

Kekalahan itu menyaksikan Everton kini berada di tangga ke-15 dengan mengumpul 10 mata dalam 11 perlawanan liga setakat ini.

Artikel Berkaitan: