LBS diiktiraf 10 pemaju hartanah terbaik

A
A
A

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San dan isteri, Puan Sri Karen Wang bersama trofi Anugerah Pemaju Malaysia 2022 di Hotel Sunway Resort.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San dan isteri, Puan Sri Karen Wang bersama trofi Anugerah Pemaju Malaysia 2022 di Hotel Sunway Resort.

KUALA LUMPUR - Syarikat pemaju perumahan, LBS Bina Group Berhad (LBS) melakar kejayaan apabila terpilih sebagai 10 Pemaju Terbaik di Anugerah Pemaju Perumahan Malaysia 2022 (MDA 2022) bagi kategori bawah RM1 bilion.

Pencapaian prestasi yang mengagumkan hingga mendapat sambutan pembeli serta landskap hartanah luar biasa yang dipamerkan menerusi projek terbaru LBS, iaitu perbandaran LBS Alam Perdana, KITA @ Cybersouth serta Residensi Bintang Bukit Jalil (RBBJ) menjadi faktor utamaLBS dinobatkan anugerah tersebut.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Datuk M Noor Azman Taib kepada Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San pada majlis penganugerahan yang diadakan di Hotel Sunway Resort, di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS berbangga dengan pengiktirafan sebagai antara 10 Pemaju Hartanah Terbaik yang diberikan di MDA 2022.

No Image Caption

“Ini merupakan kegembiraan yang berganda kerana baru-baru ini kami juga telah menerima Anugerah Malaysia’s Best Managed Companies 2022 oleh Deloitte Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Kedua-dua pengiktirafan ini adalah bukti bahawa LBS telah mencapai tahap yang lebih tinggi dan menetapkan penanda aras baharu baik dari segi pengurusan organisasi mahupun projek-projek perumahan dan hartanah kami,”katanya di sini, semalam.

Menurutnya, anugerah itu adalah bukti hasil kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bagi warga kerja LBS.

“Anugerah ini memberi motivasi kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik di masa hadapan dan membawa nama LBS ke satu tahap yang lebih tinggi.”katanya.

No Image Caption

Anugerah Pemaju Perumahan Malaysia merupakan kerjasama di antara Kumpulan Media Star dan FIABCI - Malaysia yang menjadi kayu pengukur kecemerlangan bagi pemaju hartanah.

Pemenang dipilih oleh panel hakim berkaliber dan disahkan oleh juruaudit rasmi berdasarkan tahap prestasi korporat dan piawaian tadbir urus yang tinggi.