Anwar syor debat sihat, bincang dasar antara calon PM

Anwar ketika berucap pada Jelajah Harapan Pahang dekat Mentakab pada Rabu.
Anwar ketika berucap pada Jelajah Harapan Pahang dekat Mentakab pada Rabu.
A
A
A

TEMERLOH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan debat terbuka dan positif antara calon-calon Perdana Menteri daripada gabungan parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Menurutnya, debat itu perlu dilakukan dengan membincangkan mengenai dasar-dasar untuk negara dan bukan topik seperti isu perkauman dan agama.

"Biar perbahasan itu berdasarkan dasar. Bukan seperti mana yang dibuat seperti ini, komunislah, Yahudilah.

"Dan sebagai contoh, yang disebut-sebut calon Perdana Menteri itu ada perdebatan yang sihat di khalayak umum supaya mereka boleh menilai dasar yang dikenakan," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau ditemui selepas Program Jelajah Pakatan Harapan (PH) Pahang di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dekat sini pada malam Rabu.

Anwar bersama Amirudin dan pemimpin-pemimpin parti komponen PH yang hadir dalam program tersebut.
Anwar bersama Amirudin dan pemimpin-pemimpin parti komponen PH yang hadir dalam program tersebut.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.

Lebih 3,000 orang pelbagai kaum membanjiri pekarangan pusat khidmat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Anwar mengesahkan pihaknya telah mencapai kesepakatan dalam soal pembahagian kerusi PH bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

"Soal kerusi mana, saya sendiri pun tidak tahu bertanding di mana lagi," ujar Anwar lagi.

Anwar memberitahu akan mengumumkan berkenaan pembahagian kerusi dalam PH pada malam Khamis selepas mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penting PRU15 diadakan hari ini.