MetMalaysia terus keluarkan nasihat Taufan Nesat

MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat mengenai Taufan Nesat, yang kini berada kira-kira 1,353 km ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat mengenai Taufan Nesat, yang kini berada kira-kira 1,353 km ke barat laut Kudat, Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat mengenai Taufan Nesat, yang kini berada kira-kira 1,353 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada di kedudukan 140 km ke tenggara Hainan, China.

Menurut jabatan itu berdasarkan pemerhatian pada 11 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 102km/jam.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: