Lelaki ditahan kerana bunuh tunang

Lokasi kejadian seorang lelaki membunuh tunangnya berlaku di bandar Port Said, Mesir. - Foto AFP
Lokasi kejadian seorang lelaki membunuh tunangnya berlaku di bandar Port Said, Mesir. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Polis Mesir menahan seorang lelaki yang dituduh membunuh tunangnya, kata pejabat pendakwa raya pada Selasa.

Tunang lelaki itu, Kholood al-Sayed, 21, dibunuh pada Isnin di rumahnya di bandar pantai Port Said.

Kholood ialah rakan sekerja lelaki tersebut, kata pihak pendakwaan dalam satu kenyataan.

Pekerja lain memberitahu pihak pendakwa raya bahawa wanita tersebut telah diserang oleh lelaki berkenaan sehari sebelum kejadian dan telah meletak jawatan dalam usaha untuk mengelaknya, tambah kenyataan itu.

Rakaman kamera pengawasan digunakan untuk mengesahkan identiti lelaki itu.

Lelaki itu kini menghadapi tuduhan membunuh dan boleh menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah.

Pembunuhan itu adalah kes keempat yang menjadi tajuk utama dalam tempoh beberapa bulan di Mesir.

Menurut Yayasan Edraak untuk Pembangunan dan Kesaksamaan, seramai 296 wanita dan kanak-kanak perempuan dibunuh pada tahun 2021 di Mesir.

Artikel Berkaitan:

Ia menyatakan terdapat sejumlah 813 jenayah kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan pada tahun lepas iaitu meningkat berbanding 415 jenayah itu pada tahun 2020. - AFP