Sila log masuk terlebih dahulu.

Tajuddin nafi PRU15 berlaku sebab dua kem dalam UMNO

Tajuddin - Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tajuddin - Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan bahawa keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) didorong oleh faktor dua kem di dalam UMN0.

Beliau berkata, tidak wujud kem WTC (Pusat Dagangan Dunia) atau Putrajaya sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke-370 ‘Demi Rakyat atau Kuasa’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Selasa,

Turut menjadi panelis Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail danTimbalan Ketua Ameerah Malaysia,Mardhiyyah Johari manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Jelas Tajuddin, fokus UMNO terganggu disebabkan kerajaan tidak stabil.

“Diharapkan rakyat akan memilih mana-mana parti yang mereka suka, bagi saya, saya harap mereka pilIh BN supaya kita dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil fokus kepada menjalankan apa-apa yang diperlukan oleh rakyat ...tidak lagi berpolitik tak habis-habis,” jelas beliau.

Mengulas mengenai pilihan raya yang akan diadakan sewaktu musim tengkujuh dan dikhuatiri banjir akan berlaku, Tajuddin berkata, BN sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

“Jadi sebab itulah kita hendak adakan pilihan raya ketika ini dan masalah banjir semua tu saya rasa kita cuma boleh meneka banjir berlaku bulan 11 lah 12 tapi itu kemungkinan ..tiba-tiba masa mengundi hari tu tak banjir.

“Saya banyak buat program di Pasir Salak, dulu kalau ikut kaji cuaca nak hujan lebat tapi bila kita adakan tak pula hujan,” seloroh beliau.

Tambahnya lagi, sebab itu BN optimis dan ambil keputusan untuk adakan pilihan raya.

“Kita tak takut tapi kita berdoa kepada ALLAH SWT mudah-mudahan pada hari mengundi kita tidak akan menghadapi masalah banjir....kalau banjir sekalipun UMNO terkenal dengan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir,

“Saya sendiri pernah hadapi banjir besar tahun 2004 kita dapat membantu mangsa-mangsa banjir tiada masalah, orang yang kata bermasalah ini orang tiada pengalaman, tak pernah terlibat bantu mangsa banjir bukan kita nak cakap besar ‘but we are ready’,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: