Kempen SatuJari PRU15 tumpu tempat awam

Wan Azliana
Wan Azliana
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Rasuah Busters Selangor dan Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk melaksanakan kempen #SatuJari di tempat tumpuan orang awam di sekitar negeri berkenaan menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Rasuah Busters Selangor dan Wilayah Persekutuan, Wan Azliana Wan Adnan berkata, beberapa program dan aktiviti untuk mewujudkan kesedaran telah dirangka oleh pihaknya bagi menjayakan kempen berkenaan.

“Kita akan sasarkan untuk buat kempen kesedaran ini di tempat awam macam di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) contohnya. Jadi melalui aktiviti ini, kita akan edarkan risalah berkenaan kepentingan untuk orang ramai keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena PRU15 - Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Selasa.

Kempen #SatuJari yang digerakkan oleh Rasuah Busters dilaksanakan bagi membawa mesej mendorong setiap rakyat Malaysia yang layak untuk keluar mengundi dan memilih calon kepimpinan berintegriti pada PRU15 akan datang.

Dalam pada itu, Wan Azliana berkata, rakyat Malaysia perlu sedar akan kuasa besar yang diberikan oleh sistem politik negara kepada mereka untuk memilih pemimpin terbaik bagi masa depan negara.

“Kalau kita nak negara kita bebas daripada rasuah, kita perlu pastikan bukan sahaja diri kita, tapi juga semua orang yang kita kenali untuk bersama-sama gunakan hak diberikan kepada kita untuk mengundi,” ujarnya.

Wan Azliana berkata, setiap undi yang diberikan oleh rakyat Malaysia berperanan besar dalam mengubah arah tuju dan masa depan negara ke arah lebih baik.

Artikel Berkaitan: