Richarlison terlepas aksi menentang United

Richarlison - Foto Sporting News
Richarlison - Foto Sporting News
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengesahkan tonggak serangannya, Richarlison sah tidak akan diturunkan ketika menentang Manchester United pada Khamis gara-gara kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Itali itu memberi bayangan bahawa kecederaan yang dialami tonggak Brazil itu tidak serius dan memberi bayangan mungkin pemain itu mampu pulih sebelum kejohanan Piala Dunia pada November ini.

"Mengenai kecederaan Richarlison, dia sedang menjalani pemeriksaan dan kemudian, kita akan lihat seberapa lama dia perlukan untuk pulih," kata Conte kepada pemberita.

"Saya boleh sahkan bahawa pemain itu tidak berisiko untuk tidak bermain dalam Piala Dunia, itu sudah pasti," katanya.

Richarlison sebelum ini mengalami kecederaan betis ketika Spurs menewaskan bekas kelabnya, Everton, 2-0 hujung minggu lalu sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-52 dan kelihatan bertongkat selepas itu.

Perkembangan tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan sama ada penyerang itu tidak sempat cergas untuk mewakili Brazil dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!