LBS capai sasaran jualan RM 1.6 bilion

A
A
A

No Image Caption

KUALA LUMPUR - LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM1.604 bilion dengan 3,886 unit rumah terjual sekaligus mencapai sasaran jualan kewangan 2022 sebelum tamat suku akhir tahunan.

Prestasi jualan yang memberangsangkan pada 2022 itu juga menyaksikan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 85.8 peratus pada 15 Oktober 2021 iaitu RM863 juta.

Lembah Klang mencatatkan penyumbang kewangan terbesar apabila menyumbang 89 peratus daripada jumlah jualan.

LBS turut melaporkan bahawa projek pembangunan di Lembah Klang telah menyumbang lebih daripada 84 peratus daripada hasil laporan kewangan enam bulan pertama 2022.

Jumlah tunai dan kesetaraan tunai syarikat pada akhir Jun 2022 adalah sebanyak RM265.7 juta, iaitu peningkatan sebanyak 62 peratus berbanding tahun akhir jun 2021.

Pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (3 bulan), LBS menyaksikan pendapatannya meningkat sebanyak 54 peratus tahun ke tahun kepada RM410.4 juta manakala pendapatan sesaham meningkat kepada 2.25 sen daripada 1.04 sen berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pada 30 Jun 2022 (6 bulan), hasil keuntungan syarikat meningkat sebanyak 23 peratus dari tahun ke tahun kepada RM819.4 juta manakala pendapatan sesaham meningkat kepada 3.70 sen berbanding 2.37 sen pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, beliau gembira dan berpuas hati dengan pencapaian itu meskipun berakhirnya pengecualian duti setem pada penghujung tahun 2021 yang menjangkakan berlaku sedikit penurunan jualan syarikat.

“Langkah kerajaan baru-baru ini untuk meningkatkan nilai pengecualian duti setem patut dipuji kerana nilai hartanah kami berada dalam lingkungan RM500,000, dan ia dapat memberikan penjimatan yang bermula dari RM21,000 bagi pembeli rumah kali pertama.

“Penggunaan kaedah digital telah menjadi kebiasaan dalam trend membeli rumah pada hari ini. Matlamat kami dalam kaedah pendigitalan ini adalah untuk membantu melancarkan proses tersebut menyediakan sistem robotik dan automasi bermula daripada proses pembinaan sehinggalah kepada pengambilan kunci.

No Image Caption

“Pembeli rumah juga boleh melihat proses pembinaan secara berkala dengan rakaman dron, laman web yang menyeluruh di mana bakal pembeli akan dapat melihat contoh rumah melalui rumah pameran maya, menjawab pertanyaan mereka melalui meja bantuan dan membuat tempahan dalam talian, dan keseluruhan proses ini dilakukan dengan hujung jari sahaja. Jadi, LBS optimis untuk mengekalkan momentum sehingga akhir tahun ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, syarikat sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kedudukan di dalam industri dengan menambah baik SOP semasa, pemusatan dan perkongsian jabatan, pengumpulan data yang sistematik pada Sistem Binaan Berindustri Pratuang (IBS) bagi memaksimumkan output di samping mengekalkan kualiti.

“Pengiktirafan yang diperolehi LBS baru-baru ini sebagai Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2022 oleh Deloitte adalah bukti bahawa pengurusan organisasi adalah asas yang penting kepada kejayaan LBS.

“Misi utama LBS ialah membina rumah untuk rakyat dan syarikat meramalkan untuk melancarkan 17 projek di Lembah Klang, Johor, Pahang, dan Perak untuk tahun akan datang,”katanya.