MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Nesat

MetMalaysia mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328km ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328km ke barat laut Kudat, Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan pada Selasa, MetMalaysia memaklumkan, taufan itu berada di kedudukan 380km ke timur Hainan, China.

Menurut jabatan itu, berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi Selasa, taufan itu bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: