1.4 juta alami simptom Covid-19 berpanjangan di Kanada

Kira-kira 1.4 juta golongan dewasa di Kanada dilaporkan mengalami simptom Covid-19 berpanjangan. - Foto 123RF
Kira-kira 1.4 juta golongan dewasa di Kanada dilaporkan mengalami simptom Covid-19 berpanjangan. - Foto 123RF
A
A
A

OTTAWA - Kira-kira 1.4 juta golongan dewasa di Kanada dilaporkan mengalami simptom Covid-19 berpanjangan, memetik Statistik Kanada pada Isnin.

Kebanyakan mereka mengalami simptom sekurang-kurangnya tiga bulan selepas dijangkiti virus berkenaan, lapor Xinhua.

Menurut agensi statistik kebangsaan itu, dari segi peratusan kaum wanita didapati lebih ramai mengalami simptom Covid-19 berpanjangan berbanding lelaki.

Paling ramai didapati mengalami simptom keletihan diikuti batuk, sesak nafas dan brain fog. - Bernama

Artikel Berkaitan: