Rusa bertanduk besar serbu pelancong

Seekor rusa jantan menyerbu seorag pelancong lelaki di Estes Park, Colorado baru-baru ini. Foto Storyful
Seekor rusa jantan menyerbu seorag pelancong lelaki di Estes Park, Colorado baru-baru ini. Foto Storyful
A
A
A

DENVER – Seekor rusa jantan besar yang mempunyai tanduk bersaiz besar dilihat menyerbu ke arah seorang lelaki yang merakamkan gambar haiwan itu di Estes Park, Colorado baru-baru ini.

Megan Foster merakamkan video yang menunjukkan rusa itu berjalan ke arah sekumpulan pelancong sebelum melihat seorang lelaki lain membuat bising untuk mendapatkan tindak balas daripada haiwan tersebut.

Menurutnya, beberapa pelancong lain cuba melarikan diri dan lelaki yang dilihat dalam video itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rusa besar pada kebiasaannya dilihat di Colorado dan dipercayai terdapat kira-kira 280,000 mamalia yang berkeliaran di negeri itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: