Lapan remaja ditahan bantu siasatan kes rogol gadis 14 tahun

No Image Caption
A
A
A

BACHOK - Lapan remaja lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang gadis berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, penahanan kesemua remaja lelaki itu dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan polis berkait kes rogol melibatkan mangsa bawah umur pada Ahad.

"Kejadian yang melibatkan suspek berusia 14 hingga 18 tahun itu dipercayai berlaku di Tawang.

"Bertindak atas maklumat kami telah berjaya menangkap kesemua suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, kesemua mereka disiasat bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Katanya, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Bachok pada Selasa.

Artikel Berkaitan: