‘UMNO selepas 2003 bukan lagi milik Tun M, tapi rakyat’

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas dakwaan bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa partinya itu telah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Beliau berkata, UMNO ketika ini masih lagi tetap dengan tiga tujuan utamanya iaitu agama bangsa dan tanah air.

“Bagaimanapun, UMNO selepas 2003 bukan lagi UMNO milik Tun (Dr Mahathir). UMNO selepas tahun 2003 UMNO yang merupakan milik rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau meminta Ahmad Zahid untuk membubarkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu kerana melihat parti itu hanya berjuang kerana duit.

Ahmad Zahid berkata, tindakan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu disifatkan sebagai hanya muslihat untuk menghapuskan pesaing kepada parti tersebut ketika itu.

“Khuatir UMNO akan bangkit semula dan membalas dendam. Bukan kerana seperti Tun (Mahathir) dakwa UMNO menyokong wang ringgit. Mereka yang menyokong wang adalah 'katak-katak politik'.

“Melompat selepas berasakan UMNO tidak mampu beri wang.

"Saya tidak pernah berniat menghina Tun (Mahathir) dalam kenyataan saya. Tetapi saya harus bertegas bagi memperlihatkan kebenaran,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: