PRU15: PH Selangor tumpu calon boleh menang

Amirudin (berdiri, 12 kiri) pada Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Kursus Serve Rescue Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di sini.
Amirudin (berdiri, 12 kiri) pada Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Kursus Serve Rescue Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) Selangor hanya akan meletakkan calon boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tanpa mengira calon lama atau calon baharu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata, senarai calon akan diumumkan secara rasmi oleh pucuk pimpinan gabungan parti berkenaan kelak.

"Strategi kita (adalah) untuk menang (PRU15) jadi sama ada calon lama atau (calon) baharu, strategi kita adalah untuk menang.

"Bukan masalah (calon) baharu (atau) lama tetapi saya fikir strategi kita adalah meletakkan calon-calon yang boleh menang dan kita yakin boleh menang.

"Kalau calon lama pun boleh menang Insya-ALLAH kalau yang baharu tidak boleh menang buat apa. Calon lama ada, calon baharu ada," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi PH Selangor ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Kursus Serve Rescue Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di sini.

Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Norazam Khamis.

Amirudin berkata, senarai nama calon PRU15 bagi kawasan Parlimen di negeri berkenaan masih dalam perbincangan dan kini berada di peringkat saringan sebelum dapat dimuktamadkan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sedang membuat saringan dan kita ada masa sebab pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya pun belum buat, belum ada pengumuman lagi," katanya.