Boleh ceramah politik asalkan ikut SOP

Hamzah Zainudin - Foto Bernama
Hamzah Zainudin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Parti politik boleh mengadakan aktiviti kempen seperti ceramah walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bagaimanapun parti politik tersebut mestilah mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Ceramah ini boleh berlaku bila-bila masa, cuma perlu mengikut SOP," katanya pada sidang akhbar sempena Hari Pendaftaran Negara di sini pada Isnin.

Beliau berkata, setiap perhimpunan yang diadakan juga perlu mendapatkan kelulusan permit daripada pihak polis.

"Negara ada undang-undang dan kita tahu bahawa rakyat sekarang ini sudah pun bijaksana," katanya.

Mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh PRU15 dijadual berlangsung Khamis ini susulan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin minggu lalu.

Beberapa parti dilihat mula menghangatkan pentas politik tanah air dengan menganjurkan pelbagai kempen bagi meraih undi.

Artikel Berkaitan: