Tataplah wajah Bilal puas-puas...

Neelofa siarkan beberapa keping wajah Bilal sejak lahir sehingga terkini untuk tatapan peminat yang tidak sabar-sabar ingin melihat wajah anak sulungnya itu.
Neelofa siarkan beberapa keping wajah Bilal sejak lahir sehingga terkini untuk tatapan peminat yang tidak sabar-sabar ingin melihat wajah anak sulungnya itu.
A
A
A

BEBERAPA hari lalu kecoh satu Malaysia dengan kisah wajah Bilal yang tersebar di media sosial.

Gambar anak kepada selebriti terkenal Neelofa itu dipercayai disebarkan di alam maya oleh individu yang tidak dikenali. Ia dirakam secara ‘curi-curi’.

Lalu bertebaranlah wajah Bilal dengan begitu pantas sehingga Neelofa sendiri tidak ada upaya untuk mengawal perkara tersebut.

Apa yang mampu Neelofa lakukan hanyalah meluahkan perasaan kecewanya di atas tindakan orang yang tidak bertanggungjawab itu.

Neelofa tidak menafikan bahawa itu adalah gambar anaknya, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Neelofa adalah terus siarkan beberapa keping wajah Bilal sejak lahir sehingga terkini untuk tatapan peminat yang tidak sabar-sabar ingin melihat wajah anaknya itu.

Puas hati kan?

Bagi Merak Jalanan, tindakan orang pertama yang menyebarkan gambar Bilal secara curi-curi itu merupakan tindakan yang tidak wajar kerana itu menceroboh ruang peribadi.

Neelofa sebagai ibu sudah jelaskan bahawa dia akan berkongsi wajah anak sulungnya itu apabila tiba masanya, jadi tunggu sahajalah masa yang dijanjikan itu.

Artikel Berkaitan:

Neelofa pasti ada sebab dan perancangan sendiri mengapa dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi wajah anaknya.

Dan walau apa pun tujuan, itu adalah hak Neelofa dan suaminya sebagai ibu dan bapa.

Mereka nak rahsiakan wajah Bilal sehingga umur cecah lima atau 10 tahun pun, itu adalah hak mereka. Orang luar tidak ada hak untuk pertikai.

Ramai juga sebenarnya yang telah melihat wajah Bilal namun sebagai menghormati permintaan Neelofa, wajah Bilal tidak didedahkan.

Cukup sekadar tahu, oh inilah dia Bilal yang dinanti-nantikan.

Pun begitu, perkara ini sudah pun selesai. Neelofa dan suaminya sudah pun berlapang dada dan bercuti di Langkawi.

Biarkanlah mereka menjalani hidup dengan tenang.