[VIDEO] UMNO Pulau Pinang usul Ismail Sabri calon PM

Musa (tengah) bergambar bersama perwakilan -perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam.
Musa (tengah) bergambar bersama perwakilan -perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam.
A
A
A

BUTTERWORTH - UMNO Pulau Pinang membawa usul menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, usul berkenaan dikemukakan semua UMNO bahagian di negeri ini pada mesyuarat perwakilan yang diadakan pada Ahad.



"Usul itu selaras dengan ketetapan yang dicapai pada Perhimpunan Agung Khas serta keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO seperti yang dicadangkan Presiden parti sebelum ini.

"Kita juga mengusulkan agar parti terus menjaga keharmonian hubungan, solidariti dan kesatuan fikrah perjuangan antara Perdana Menteri, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan seluruh barisan kepimpinan di setiap peringkat dalam mendepani PRU15," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam berkata, perwakilan turut membawa usul agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk "My Story: Justice In The Wilderness", ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Tegasnya, tidak adil siasatan serta dakwaan terpilih sahaja dikenakan terhadap orang UMNO, sebaliknya mereka yang lain dibiarkan tanpa diheret ke muka pengadilan.

Tambah Musa, UMNO juga gesa pihak berkuasa menyiasat 250 penama yang didakwa menerima wang lebih RM700 juta bersumberkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.

Artikel Berkaitan: